-->
skip to main | skip to sidebar

My Tiny Little World ♥



Muhammad Zikry Naufal :)

About Me

My photo
officially | saffastories
lets the history follow along :)
View my complete profile

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (6)
    • ▼  February (1)
      • #KisahSebenarGangnamStyle
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (10)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
Powered by Blogger.

rrambut itu penting okay ?haha :p ily




Thursday, 21 February 2013

#KisahSebenarGangnamStyle

Views



Assalamualaikum.Seperti Title Post diatas .tujuan sebenar affa tulis blog harini adalah nak ceritakan kepada semua  orang apakah itu sebenarnya 'GANGNAM STYLE' yang sekarang ni dah jadi trend semua orang.Sebak affa baca Post seorang bloger tadi sumber dari kerengga tentang gangnam style :') .mungkin lepas korang baca nnti timbul perasaan marah,benci,menyampah,meluad dan sedih sgt .fikir2 lah 23 kali sebelum suka2 buat gangnam style .May Allah protect our religion .Amin yarabbalalamin. Read this -->



Saya bawakan satu kisah yang di ceritakan oleh seorang Sahabat bernama
Mohamad Sidik pada pada Ahad 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles...ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles...ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,
"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."



Tweet
Posted by officially | saffastories at 20:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 19 January 2013

Craving For Zik

Views
zik ni memangg .haha





oh great its all about zikry la ni :3 really really do miss him .hes been so quite for this few days .hmm tak t.up n he cant actve his BIS.takda orang nak menyakat aku 23 hari nih :( y so quite zik ?pergilah t.up n come find me . miss your naughty .funny things you did to me .huh .its been so silent and quite .pheww.dont you miss me ? n just now baru done call him . wanna know what ?hes still on bed sleeping on 2.15 p.m .-,- bertuah punya budak .kau pergi bangun n take a bath sayang. kalau lah aku tak call .mungkin besok pagi belum tentu dia nak bngun .but i dont blame him .maybe to tired with his practise n blablabla. rindu kau zikry .please pergi t.up segera .takboleh hidup aku takda usikan kau .brr  :(
Tweet
Posted by officially | saffastories at 22:48 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 17 January 2013

My Beginning(Pashmina Tuto)

Views
Pabila Bahagia Terpancar :)


Hey you guys . nampk tak gambar seperti diatas ?okay act nak cakap pasal tuto pashmina sebenarnya .apa pendapat korang tentang gmbar & gaya pashy seperti diatas?hehe . okay i just made a tutor but the problem sekarang tkboleh nk upload lagi cause dalam tuto tu affa bisu dan tidak bersuara .haha so untuk melengkapkan tutor better need a lil editting kan ?the problem lagii iss tak pandai edit-2 vid ni .haih , sedang mencari anyone yang pandai edit-2 vid .kerjasama sangat sangatlah dihargai. affa decide taknak upload kat youtube pun . haha segan jah tutor biasa2 malas nk upload YT .so memandangkan ada bloggy. upload sini jelah okay to kawan2 yang pernah request tanya how affa pakaii pashy macam diats :) sekarang dalam usaha mengedit tuto yang macam tah apa2 .hihi . okay in sha Allah next post adalah tutor yg macam sakai tuh :) assalamualaikum Tweet
Posted by officially | saffastories at 06:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 16 January 2013

Getting To Know Him ♥

Views
sweet talker jeh si sengkuang ni :)







Assalamualaikum .hey still ingat that last post ?i had mention bout someone.hehe.okay still remember right ?here we go a lil bit story bout that superhero .suddenly feel nak tulis blog tu datang .di malam anginnya yang sepoi-2  cewah .hmm how to start eh :) muhammad zikry naufal .sweet name isnt it ?haha nama tulah yang dah hadir dalam life ni .secara tiba2 :) hes actually 19 this year .a sweet talker person .sometimes gedik jugak.haha.mereng jugak dan wayar jugak budak nih xD funnnyyyy sangat2 :) heavennyah bila dapat kenal dengan dia .tktahu nk cakap macam mana hard to describe.masa mula2 dengan pertemuan yang biasa dan tak disangka2 .tak expect boleh close macam sekarng .walaupun pertemuan secra biasa ja tapi we both know something special from this knowing.bermula dengan word 'adik' & 'abang' yang buat kiteorg rapat sampai lah harini . si gedik nih aku panggil dia sengkuang ,katak ,daddy ,yiyie ,nangka ,haha tu semua dia ah tu.nak cakap kau sumpah dia AWESOME baq hangg.kalau korang nk tahu dia ni still study muzik falkulti as a drummer n moving slowly as a backup drummer.something yang boleh dibanggakan right ? :) dah lah tkyah lah cerita pnjang kan xP haha.hmm but the sad thing is dia stayed cheras :") n i stay kedah . far ?ya .but kisah apa gua jarak bukan pemisah cewah.zik have evry each ciri2 lelaki yg aku tunggu selama nih :)n tak sangka ada dekat dia . if korang nk tau aku single punya lama sbb nk tunggu superhero ni lah .n tak sangka ada dekat orang jauh.selama perkenalan dengan dia nih tk payah cakap lah macam mana sweet dia smpai dah habis lebur mebur hati aku nih.tngok gmbar atas cukup boleh faham dah kot ?haha xP best gila dapat kenal dia .dia mmg the best lah.kiteorang tkda hipokrit2 antara satu sama lain.nak cakap apa semua banyai plus main lepas jah .kentut ke berak ke haha segala bagai lah pendek kata.dia tak kisah kalau cakap pasal hal remeh temeh :) n untuk pengetahuan kiteorg tktahu apa jenis relay yg kiteorg ada skrg sbb nya kiteorg jadi semua .couple.adik abang .kawan .ayah anak .haha bukan apa .sebenarnya we not proceed to be a couple atas sbb2 tertentu.firstly he said that he want me to done spm first .n he'll  b waiting for me :) i dont know if its last or not but what i know .i can trust him . n i know that momment will come ♥ kau tunggu aku tau zik.? siap kau kalau kau berubah hati.n zik mohon jangan baca post ni.sbb aku tahu seluar kau akan koyak secara tiba2 .:p ckup lah sikit2 kan, kang kalau nk story pnjang lebar jealous pulak korang semua.hahah joking :) assalamualikum . nynyte

Tweet
Posted by officially | saffastories at 06:10 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 12 January 2013

this what we call a happinese

Views
it has been a long time i dont write out bout my story with bf.family friend or whatever .terasa terabaikan kau lah pulak wahai blog .haha :) just getting bored with you lah dear blog .so then break off for a while right .getback again right now .hahah.miss you lots my online diary .i dont know how nk start sbenarnya .nak story but hm its just tk ter-tulis dekat sini .okay lets start with simple story okeh .i think im having a great new life now.with family friend or semua orang yang aku syang :) lets talk bout my family first .first of all .rezeki bnyak sangat untuk tahun 2012 n 2013 ni .dont know how to thanks ALLAH :') in sha allah soon abah nk buat rumah baru .now pun dah moved ke rumah satu lagi which before this abah just sewakan dekat pokoksena nih .n slowly pindahkan barang dari rumah sana .agak jauh jugaklah dari semua orang n even from my school jugak .agak berpedih mata nk berulang alik from anywhere .quite far .but its a small matter :) dekat sekolah pulak trying to know new friend cause i just moved from assakir class to jauzi :) okay then about bf ??haha i dont have it :) trust me but i have my future husband .haha gatal kau :p pasal tu later talk okay dah nk mghrib nih xD asalamualaikum Tweet
Posted by officially | saffastories at 03:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 8 January 2013

Assalamualaikum 2013

Views
Assalamualikum :) long time no see haa . well being a lil busy hahah . busy jaga anak mungkin xD no lahh just kurang berblogging more to twitter n facebook . bukan apa lazy act nak update2 blog ni even blog ni simple macam online diary jah . for me leceh lah nk update2 . :p but harini nk update jugak woo . so many story  past stelah lamanya tk bercerita .there's happy momment .sad momment n everything. Yang berlalu tu biarkan .let by gone be by gone right . skrg pun dh 2013 .pecam celik-2 dah form5 dah aku :) wahh so big haa .hahah . hope this 2013 will be the best memories . n need to up to date my blog :/ dusty much n old story re everywhere klakar jah ku bca cerita dlu2 .haha.okay then see yahhh :* gudnyte Tweet
Posted by officially | saffastories at 07:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 11 May 2012

alamak nakalnya saffa :O

Views



Hai . lama lah tak conteng dinding ni :D . jum harini kita comottkann bloggg officially saffastories nih :)

         Entry kali ni tentang teacher days  taw ;) tahu kan ? this month is teachers day n mother days . SO , here a little bit story of mine. nak cerita masa zaman kenakalan dahulu ,hehe , acctually insiden tu happen baru 2 years ago . setiap kali hari guru , mesti teringat :3 . nakal betul aku . haha . biasalah kanak2kan . form2 baru , haha . nak tahu apa ? AKU BALING BOTOL DEKAT CIKGU ! HAHA . percaya tak ? bukan botol kosong taw , tahu kan botol mineral water tuuu , haa siap berisi penuh air lagi okay , berat jugak tu :3 . ni semua salah si gemookkss tuu :/ sebab dia lah , tak habis2 nak cari pasal dngan aku taw .

      Nak dijadikan cerita, masa tu semua orang tak belajar , ckgu duduk dkt depan sambil bercerita apa ntah , suddenly si gemoks tu carik pasal , nak mengata aku macam2 , dengan selambernya aku capai botol mineral water tu pastu baling dengan kuatnya dekat dia ! tiba2, DEBUSH ! ADUHHHH ~ dengar suara ckgu mengerang :O . ALAMAK ! terkena kepala ckguu . huh ! tebal muka aku :( ckgu tnya lah siapa punya kerja ni . aku ngkt tgn cepat2 lepastu mintak maaf . tak sengaja taw ckguuuu :( gemok tu carik pasal dengan saya . hukhuk. nasib baik lah ckgu tu bukan ckgu yg garang2 . kalau tak , dah mati aku sekrg ni . tapi kesian ckgu tu :/ hey gemok , lain kali tempat lain lah nk carik pasal dengan aku . hergh .! :p , lepastu , bila hari guru kalut lah aku p mintak maaf dekat ckgu tu.HAHA :D . sejak tu , bila jumpa ja ckgu tu aku lari sembunyi tutup muka kalau boleh .haha , tapi sekarang dah okay :) mintak maaf sangat2 taw ckgu . shayaaanggggckguuu <3 . hehe

HEBAT TAK SAYA ^_^ imsorryteacher . iloveyou . happy teachers day to all teachers :)
you are the wonderful things for student life :) Tweet
Posted by officially | saffastories at 20:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Facebook Badge

Affa Huny

Create your badge
*/ body { background:url('http://www.snazzyspace.com/defaultimages/ff6880_raining-polka-stripes.gif') repeat #000000; margin:0; text-align:center; line-height: 1.5em; font: x-small Trebuchet MS, Verdana, Arial, Sans-serif; color:$mainTextColor; font-size/* */:/**/small; font-size: /**/small; } /* Page Structure ----------------------------------------------- */ /* The images which help create rounded corners depend on the following widths and measurements. If you want to change these measurements, the images will also need to change. */ #outer-wrapper { width:740px; margin:0 auto; text-align:$startSide; font: $bodyFont; } #main-wrap1 { width:485px; float:$startSide; background:#FFFFFF; margin:15px 0 0; padding:0 0 10px; color:$mainTextColor; font-size:97%; line-height:1.5em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #main-wrap2 { float:$startSide; width:100%; background:#FFFFFF; padding:10px 0 0; } #main { background:#FFFFFF; padding:0; width:485px; } #sidebar-wrap { width:240px; float:$endSide; margin:15px 0 0; font-size:97%; line-height:1.5em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } .main .widget { margin-top: 4px; width: 468px; padding: 0 13px; } .main .Blog { margin: 0; padding: 0; width: 484px; } /* Links ----------------------------------------------- */ a:link { color: $mainLinkColor; } a:visited { color: $mainVisitedLinkColor; } a:hover { color: $mainVisitedLinkColor; } a img { border-width:0; } /* Blog Header ----------------------------------------------- */ #header-wrapper { background:#FFFFFF; margin-top:22px; margin-$endSide:0; margin-bottom:0; margin-$startSide:0; padding-top:8px; padding-$endSide:0; padding-bottom:0; padding-$startSide:0; color:$titleTextColor; } #header { background:#FFFFFF; padding:0 15px 8px; } #header h1 { margin:0; padding:10px 30px 5px; line-height:1.2em; font: $pageTitleFont; } #header a, #header a:visited { text-decoration:none; color: $titleTextColor; } #header .description { margin:0; padding:5px 30px 10px; line-height:1.5em; font: $descriptionFont; } /* Posts ----------------------------------------------- */ h2.date-header { margin-top:0; margin-$endSide:28px; margin-bottom:0; margin-$startSide:43px; font-size:85%; line-height:2em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.2em; color:#000000; } .post { margin:.3em 0 25px; padding:0 13px; border-width:1px 0; } .post h3 { margin:0; line-height:1.5em; background:url("http://www2.blogblog.com/rounders3/icon_arrow.gif") no-repeat 10px .5em; display:block; border-width:0 1px 1px; padding-top:2px; padding-$endSide:14px; padding-bottom:2px; padding-$startSide:29px; color: $postTitleColor; font: $postTitleFont; } .post h3 a, .post h3 a:visited { text-decoration:none; color: $postTitleColor; } a.title-link:hover { background-color: $borderColor; color: $mainTextColor; } .post-body { border-width:0 1px 1px; border-bottom-color:$mainBgColor; padding-top:10px; padding-$endSide:14px; padding-bottom:1px; padding-$startSide:29px; } html>body .post-body { border-bottom-width:0; } .post-body { margin:0 0 .75em; } .post-body blockquote { line-height:1.3em; } .post-footer { background: #ffffff; margin:0; padding-top:2px; padding-$endSide:14px; padding-bottom:2px; padding-$startSide:29px; border-width:1px; font-size:100%; line-height:1.5em; color: #666666; } /* The first line of the post footer might only have floated text, so we need to give it a height. The height comes from the post-footer line-height */ .post-footer-line-1 { min-height:1.5em; _height:1.5em; } .post-footer p { margin: 0; } html>body .post-footer { border-bottom-color:transparent; } .uncustomized-post-template .post-footer { text-align: $endSide; } .uncustomized-post-template .post-author, .uncustomized-post-template .post-timestamp { display: block; float: $startSide; text-align:$startSide; margin-$endSide: 4px; } .post-footer a { color: #456; } .post-footer a:hover { color: #234; } a.comment-link { /* IE5.0/Win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url("http://www.blogblog.com/rounders/icon_comment_$startSide.gif") no-repeat $startSide 45%; padding-$startSide:14px; } html>body a.comment-link { /* Respecified, for IE5/Mac's benefit */ background:url("http://www.blogblog.com/rounders3/icon_comment_$startSide.gif") no-repeat $startSide 45%; padding-$startSide:14px; } .post img { margin-top:0; margin-$endSide:0; margin-bottom:5px; margin-$startSide:0; padding:4px; border:1px solid $borderColor; } blockquote { margin:.75em 0; border-width:1px 0; padding:5px 15px; color: $dateHeaderColor; } .post blockquote p { margin:.5em 0; } #blog-pager-newer-link { float: $startSide; margin-$startSide: 13px; } #blog-pager-older-link { float: $endSide; margin-$endSide: 13px; } #blog-pager { text-align: center; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; margin-$startSide: 13px; } /* Comments ----------------------------------------------- */ #comments { margin:-25px 13px 0; border-width:0 1px 1px; padding-top:20px; padding-$endSide:0; padding-bottom:15px; padding-$startSide:0; } #comments h4 { margin:0 0 10px; padding-top:0; padding-$endSide:14px; padding-bottom:2px; padding-$startSide:29px; font-size:120%; line-height:1.4em; color:$postTitleColor; } #comments-block { margin-top:0; margin-$endSide:15px; margin-bottom:0; margin-$startSide:9px; } .comment-author { background:url("http://www.blogblog.com/rounders3/icon_comment_$startSide.gif") no-repeat 2px .3em; margin:.5em 0; padding-top:0; padding-$endSide:0; padding-bottom:0; padding-$startSide:20px; font-weight:bold; } .comment-body { margin:0 0 1.25em; padding-top:0; padding-$endSide:0; padding-bottom:0; padding-$startSide:20px; } .comment-body p { margin:0 0 .5em; } .comment-footer { margin:0 0 .5em; padding-top:0; padding-$endSide:0; padding-bottom:.75em; padding-$startSide:20px; } .comment-footer a:link { color: #333; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } .comment-form { padding-$startSide:20px; padding-$endSide:5px; } #comments .comment-form h4 { padding-$startSide:0px; } /* Profile ----------------------------------------------- */ .profile-img { float: $startSide; margin-top: 5px; margin-$endSide: 5px; margin-bottom: 5px; margin-$startSide: 0; border: 4px solid $topSidebarTextColor; } .profile-datablock { margin-top:0; margin-$endSide:15px; margin-bottom:.5em; margin-$startSide:0; padding-top:8px; } .profile-link { background:url("http://www.blogblog.com/rounders3/icon_profile_$startSide.gif") no-repeat $startSide .1em; padding-$startSide:15px; font-weight:bold; } .profile-textblock { clear: both; margin: 0; } .sidebar .clear, .main .widget .clear { clear: both; } #sidebartop-wrap { background:#FFFFFF; margin:0px 0px 15px; padding:0px 0px 10px; color:$topSidebarTextColor; } #sidebartop-wrap2 { background:#FFFFFF; padding: 10px 0 0; margin:0; border-width:0; } #sidebartop h2 { line-height:1.5em; color:$topSidebarHeaderColor; font: $headerFont; margin-bottom: 0.5em; } #sidebartop a { color: $topSidebarLinkColor; } #sidebartop a:hover { color: $topSidebarVisitedLinkColor; } #sidebartop a:visited { color: $topSidebarVisitedLinkColor; } #sidebar a { color: $bottomSidebarLinkColor; } #sidebar a:hover, #sidebar a:visited { color: $bottomSidebarVisitedLinkColor; } /* Sidebar Boxes ----------------------------------------------- */ .sidebar .widget { margin:.5em 13px 1.25em; padding:0 0px; } .widget-content { margin-top: 0.5em; } #sidebarbottom-wrap1 {background:#FFFFFF; margin:0 0 15px; padding:10px 0 0; color: $titleTextColor; } #sidebarbottom-wrap2 { background:#FFFFFF; padding:0 0 8px; } .sidebar h2 { margin-top:0; margin-$endSide:0; margin-bottom:.5em; margin-$startSide:0; padding:0 0 .2em; line-height:1.5em; font:$headerFont; } .sidebar ul { list-style:none; margin:0 0 1.25em; padding:0; } .sidebar ul li { background:url("http://www2.blogblog.com/rounders3/icon_arrow_sm.gif") no-repeat 2px .25em; margin:0; padding-top:0; padding-$endSide:0; padding-bottom:3px; padding-$startSide:16px; margin-bottom:3px; line-height:1.4em; } .sidebar p { margin:0 0 .6em; } #sidebar h2 { color: $bottomSidebarHeaderColor; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer-wrap1 { clear:both; margin:0 0 10px; padding:15px 0 0; } #footer-wrap2 { background:#FFFFFF; color:$titleTextColor; } #footer { background:#FFFFFF; padding:8px 15px; } #footer hr {display:none;} #footer p {margin:0;} #footer a {color:$titleTextColor;} #footer .widget-content { margin:0; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #main-wrap1, body#layout #sidebar-wrap, body#layout #header-wrapper { margin-top: 0; } body#layout #header, body#layout #header-wrapper, body#layout #outer-wrapper { margin-$startSide:0, margin-$endSide: 0; padding: 0; } body#layout #outer-wrapper { width: 730px; } body#layout #footer-wrap1 { padding-top: 0; } .SnazzyBar { background-color:#ff6600; color:#114477; font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size:10px; text-align:left; font-weigth:bold; padding:2px 2px 2px 6px;} .SnazzyBar a {color:#114477;} .SnazLogo {float:right;padding-right:9px;} ]]>
SNAZZYSPACE.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I am imperfect :)

hai .ni saya dan kawan saya :D .


i feel free to love you :)

I LOVE YOU BIE :)

hello dude :)
thank you for cliking this webbie ^^

My Blog List

My Blog List